MIASA TERENGGANU CLUBHOUSE
(Dimiliki oleh MIASA Malaysia)
Berita baik untuk semua, Kini MIASA Clubhouse Terengganu telah beroperasi!!!! Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang perkhidmatan kami atau apa sahaja yang berkaitan dengan masalah Kesihatan Mental, anda boleh WhatsApp kami sekarang di talian : 09-6674-409(Terengganu)
Whatsapp kami beroperasi pada:
Ahad hingga Khamis, 9.30 pagi hingga 6.30 petang,
dan Jumaat, 9.30 pagi hingga 12.30 petang. (Terengganu)
Anda juga boleh terus berkunjung ke Clubhouse Terengganu di alamat:
PT 39208, Jalan Tengku Mohamad, Kg Tok Mel, Kuala Nerus, 21300, Kuala Terengganu
Kami juga menyediakan Talian Bantuan Krisis 24 jam/hari dan 7 hari/minggu. Jika anda berada dalam krisis dan memerlukan seseorang untuk bercakap, hubungi kami sekarang di 1-800-180-066
Adakah anda berasa tertekan kebelakangan ini? Adakah anda ingin tahu tentang keadaan kesihatan mental anda sekarang? Di MIASA, kami menyediakan Penilaian dan Konsultasi Kesihatan Mental untuk mereka yang ingin tahu tentang keadaan kesihatan mental semasa mereka dan ingin meningkatkan kesihatan mental mereka.
Penilaian Kesihatan Mental adalah penting untuk mengasingkan dan mengenal pasti aspek gangguan emosi, adalah penting untuk mengukur tahap keterukan tekanan, kebimbangan dan kemurungan anda supaya intervensi awal boleh dibuat. Sesi tersedia mengikut keselesaan anda sama ada di clubhouse kami, ataupun menerusi dalam talian, anda boleh memilih mengikut keselesaan anda.
Jangan takut untuk mendapatkan bantuan, anda tidak keseorangan!